KUALA LUMPUR:Bantuan kewangan RM52,000 yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kepada Kasma Daniel Kasmayudin adalah sumbangan peribadi kementerian kepada pelumba itu untuk menampung tiket penerbangan dan kos penginapan bagi menyertai Kejuaraan Dunia Moto2 musim ini.
Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) dalam kenyataan memaklumkan badan induk itu tidak pernah mencampuri urusan melibatkan pelumba berusia 20 tahun itu dengan pasukannya, OneXOX TKKR SAG Team yang bersaing dalam Kejuaraan Dunia Moto2.
Badan induk itu menegaskan mereka telah menerima surat kelulusan berhubung bantuan berkenaan, yang bukan merupakan satu bentuk penajaan dan ia telah dimaklumkan kepada Kasma Daniel serta ayahnya.
"Mengikut surat kelulusan dari KBS, pihak MAM hanya perlu memaklumkan kepada Kasma Daniel sebagai penerima dana itu dan tidak diwajibkan untuk memberitahu mana-mana pihak ketiga," jelas MAM menjawab persoalan dibangkitkan pasukan penaja pelumba itu.
Pasukan OneXOX TKKR SAG Team menerusi hantaran dalam laman Facebooknya Khamis mendedahkan pasukan berkenaan tidak dimaklumkan berhubung bantuan penajaan itu.
Mengulas lanjut, MAM mendedahkan Kasma Daniel serta ayahnya telah membuat permohonan rasmi kepada KBS bagi mendapatkan bantuan kewangan untuk menampung tiket penerbangan serta kos penginapan untuk menyertai saingan Moto2 pada awal tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 20 2020
Kasma Daniel Kasmayudin, pelumba Moto2 negara. - Gambar fail
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Kasma Daniel tawan Litar Terengganu
Kasma menampilkan strategi mantap apabila mengekalkan kedudukan di tempat ketiga dan ke atas walaupun dicabar pelumba lain.
Kasma Daniel kembali warnai ARRC, Cub Prix bagi musim 2021
Kasma akan mewarnai kancah sukan permotoran musim 2021 apabila mengesahkan mempunyai pasukan dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) dan kemungkinan Cub Prix.
KBS beri sumbangan peribadi kepada Kasma Daniel, bukan penajaan
Badan induk itu tidak pernah mencampuri urusan melibatkan pelumba berusia 20 tahun itu dengan pasukannya, OneXOX TKKR SAG Team yang bersaing dalam Kejuaraan Dunia Moto2.
Hafizh Syahrin gagal kutip mata pada GP Aragon
Pelumba pasukan Aspar Team itu mencatatkan masa 40 minit 00.963 saat pada perlumbaan 21 pusingan yang menyaksikan pelumba berusia 26 tahun itu gagal mengutip sebarang mata.